Tuesday, December 23, 2008

About me

Dalam tahun 2005 dulu.. aku pernah tulis entry nih....

Baru2 ni aku baca2 balik blog lama aku yang dah sekian lama lost.... tetiba terjumpa entry nih... terasa nak share ngan korang... bukan apa... sbb bila aku baca2 balik mmg betul kena ngan aku...
My Dream House ( for your info... umah ni aku lukis free hand dengan mouse.. so disebabkan otak kanan aku kurang aktif.. jadi hasilnya cam kat bawah ni la.. no comment please.. heheh)

Based on the drawing and the 10 answers you gave this is a summary of your personality:
You are sensitive and indecisive at times. (yer rasanya)
You are a freedom lover and a strong person. (ni mmg betul)
You love your house and family. (sure)
You are a gifted artist as well. (ni sikit tak betul.. otak kanan tak berapa nak jalan)
Once you have a problem, you need a friend with you (yg ni betul sesangat).
Your life is always full of changes. (hmm.. tak tau nak komen)
You will avoid being alone and seek the company of others whenever possible. (yup betul)
You love excitement and create it wherever you go. (hehe yer rasanya)
You have a strong personality and you like to command, influence and control people. (selalu aku yang kena control.. ini sudah terbalik)
You added a flower into your drawing. The flower signifies that you long for love. It also safe to say that others don't see you as a flirt. (ini betul sesangat)
You don't think much about yourself. (juga betul.. selalu fikirkan orang lain dulu... terutamanya orang tersayang)
korang rasa camner??

Sunday, December 21, 2008

Majlis aqiqah baby Ayman Nasaie


Hari ahad aku mendapat jemputan ke majlis aqiqah putera Nazri dan Sarah... Ayman Nasaie. Kali ni aku hanya bawa aiyah dan nabil.. kerna kebetulan danish tidur masa aku nak pegi tu. Aku pergi dengan Kak Zura.. tumpang kereta dia saja.

Masa di sana sempat jugak kami buat mini gathering (Malaysian-Dutch). Antara yang hadir, family kak zura, aku, family abang man, family ita dan family ijan. Seronok jugak dapat jumpa2 mengenang memori di Netherlands. Gambar kena tunggu tuan rumah, Nazri upload... nnt aku amik letak kat sini yer...

Aquaria

Sabtu lepas.. aku bawak anak2 ke aquaria... first time bawak ketiga-tiga sekali tanpa kehadiran abang. Biasanya kalau abang takde aku hanya bawak antara 2 saja. Nervous mulanya sampai camera ngan video cam pun aku lupa nak bawak.

Alhamdulillah semua berjalan lancar.. cuma danish asyik meragam/menangis sbb tak mau duduk atas stroller. Aku pulak beritau bibik walau apa jadi jangan turunkan Danish.. sbb dengan keadaan aku sekarang .. aku tak larat nak kejar kalau dia lari.

Nabil enjoy dgn trip kali nih.. suka betul dia tengok ikan2 tu... his fav fishes = shark and sting ray. Overall semuanya ok... InsyaAllah boleh lagi plan nak jalan2 ketempat lain pulak lepas nih.... Layan gambar......












Sunday, December 14, 2008

Pening..

Pagi2 (Ahad) aku bersiap2 utk bawak bibik ke klinik... bibik perlu buka jahitan.. minggu lepas dia ada buat minor operation... sementera menunggu semuanya bersiap.. sempat juga aku buat exercise utk kaki aku... lama tak buat... baru semalam (sabtu) aku start semula... kesan cramp tempoh hari masih terasa....

Anak2 aku mintak tolong kak zura jagakan sekejap... thanks yer kak zura...

Kepala aku agak pusing.. pening.. dari semalamnya lagik... aku gagahkan juga bawak kereta.. sampai di klinik.. org agak ramai... bibik dapat giliran no 15... masa itu baru giliran no 9... aku rasa loya.. aku keluar tinggalkan bibik dalam klinik.. aku tak mahu dia nampak aku tak sihat.. semalam beriya2 bibik mahu pergi sendiri ke klinik.. dia tak mau susahkan aku.. tapi aku kesiankan dia.. sudahlah sakit.. tak sampai hati aku nak suruh dia naik turun bas...

Aku masuk semula ke klinik.. duduk.. pejamkan mata.. cuba buat2 cool... sampai giliran bibik aku ikut masuk ke bilik rawatan.. aku terangkan kepada doctor.. dan doctor pun tgk luka bibik dan buka jahitannya... selepas siap doctor amik blood preasure bibik.. normal.. aku request doctor buat blood test utk bibik... alang2 aku di klinik.. biarlah aku pastikan bibik sihat... kalau dia sakit siapa nak jaga permata hati aku yang 3 orang tu...

Bila semua selesai.. aku bagitau doctor.. "can you check also my blood preasure... i feel dizzy..".. "yeah sure" kata doctor... doctor check.... "yes.. a little bit low (blood preassure).. 100/69.. you have to get some ferum".. aku angguk ajer..

Keluar dari klinik.. tunggu ubat... balik... sebelum ke rumah kak zura.. singgah dulu ke HERO.. beli barang2 dapur sikit.... penat sebenarnya uruskan semuanya sorang2 walaupun luarannya nampak cam biasa jer....

Kepala masih pusing... sampai di rumah aku teringat.. semalam subuh member aku (nazri --> member masa di holland dulu) msg mengatakan isterinya sarah (member juga) sudah selamat melahirkan baby boy seberat 3.15kg di hospital ampang... aku call kak zura.. kami janji utk pergi sama2.... walaupun masih dizzy + sakit kepala.. aku gagahkan jugak.. sbb bila dah naik kerja nanti aku tau.. aku tak akan punya masa untuk menziarah..

Sampai ke wad bersalin.. terus ke katil sarah... dia sedang nyenyak tidur... mesti penat.. automatic aku teringatkan saat2 kelahiran permata hati.... rindu saat itu... baby ada di sebelah katil... baiknya anak ini.. tidur dan membiarkan ibunya berehat... semoga baby Ahmad Ayman Nasaie ..... menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya... amin.

Selesai semua... balik rumah... aku bagai kehilangan sesuatu.. aku tak betah duduk... tiba2 aku rasa sayu... tak faham dengan perasaan sendiri... aku membaringkan diri dan akhirnya aku tertidur....

Moga2 esok aku lebih bertenaga.. aku perlu tenaga itu sbb esok hari bekerja.... harap2 set beautiful dapat membantu...

Wednesday, December 10, 2008

Sawang

Aduh.. dah bersawang blog aku nih... lamanya aku tak update.... ntahlah sejak dua menjak ni asyik bz (alasan...). Sebenarnya banyak perkara dah berlaku.. . tapi belum ada mood untuk berkongsi...

Otak kiri aku penat... tak tahu bila otak kanan aku nak amik alih...

Blank...

Aku akan cuba update hari ini.... sampai nanti saja yer....

Wednesday, November 26, 2008

I am Beautiful

Hehehe tajuk entry tak boleh blah.... Sebenarnya nak cerita Beautiful set aku dah sampai semalam. Credit tu Anith ang bersusah payah hantarkan juga set tu walaupun dah pukul 12.30 tengah malam. Terima kasih banyak2 yer Anith.

Cubaan pertama semalam berjalan agak lancar.. dengan bantuan Anith... walaupun pada mulanya ada sedikit kesukaran...

Pagi ni.. dengan tips2 yang di bekalkan oleh Anith.. Walllaaaa... sekejap ajer dah boleh pakai... Alhamdulillah.. harap aku istiqamah memakainya setiap hari... Aminnnn

Ok mau siap2 ke pejabat.. sekian lintas langsung.....chow

Tuesday, November 25, 2008

N3 tak bertajuk

Tadi aku lompat dari satu blog ke satu blog.... then terjumpa nih... tak tau kenapa.. tapi aku suka.. just want to share it with korang... enjoy ya...

Cuz you leave me speechless
When you talk to me
You leave me breathless
The way you look at me
You manage to disarm me
My soul is shining through
Can't help but surrender
My everything to you

I thought I could resist you
I thought that I was strong
Somehow you were different from what I've known
I didn't see you coming
You took me by surprise and
You stole my heart before I could say no

Wednesday, November 19, 2008

Akhirnya...

Akhirnya semalam aku dapat balik kul 5.30pm on the dot. Puhhhh lega sangat rasa. Dalam perjalanan balik singgah ke HERO beli barang2 dapur yang dah nak abis... dalam kul 6.15pm dah selamat sampai rumah...

Anak2 happy.. aku happy.. yeayyyy

Malam semalam aku godek2 notebook.. jumpala video2 lama masa di netherlands dulu.. video bersalinkan aisyah dan danish. Sebenarnya inila first time aku tgk.. hehehe aku ajak anak2 tengok sekali.. biar derang tahu camner sakitnya ibu masa nak bersalinkan derang. Pastu tgk2 lak gambar2 kat sana.. Rindu lah..

Nabil tanya bila kita nak pindah netherlands balik... aku kata tak pindah dah.. kita dok mesia jer pas nih.. nabil ngan muka tak puas hati.. cakap " ibu nih...." cara dia cakap dengan intonasi dia....sweet tau. Tak tau la bila lagi nak bawak anak2 ke sana... InsyaAllah masa abang viva PhD nanti kot... Sementara tu layan gambar anak2 dulu





Tuesday, November 18, 2008

kerja.. kerja... kerja

Semalam aku balik lambat lagi... buat kerja... sebenarnya kul 8.30mlm dah siap dah.. alih2 big boss datang pulak... bincang2 and nak tgk data GIS.. kerja aku la tuh.. adoilaaa.. kena la melayan pulak.. big boss la pulak...yer tak...

Sebelum tu dalam kul 6.30mlm aku teringat nak kena hantar nabil gi mengaji. Hari nih first time dia mengaji ngan ustaz.. sebelum ni aku yg ajar sendiri.. tapi yer la .. kalau ajar sendiri.. kadang2 time sibuk tak dapat lak nak ajar. Biarlah dia ngaji ngan ustaz ni.. teratur sikit. Sebenarnya pakcik abang di melawati tu yang jemput ustaz datang umah dia.. utk ajar anak2 dia mengaji.. so aku tumpangkanlah nabil sekali.

Berbalik cerita kat opis...aku pun cakap kat Kak Nap (Secretary opis merangkap kawan aku la) aku nak kena balik jab. Nak kena hantar anak mengaji.... Dia kata OK... Berdesup aku balik.. hantar nabil ngan danish kat melawati pastu berdesup pulak balik opis... sambung kerja

Last2 sumer selesai kul 9 mlm... gi amik nabil ngan danish.. sampai umah dah melepek... mandi2.. makan .. pastu rehat2 jab.. terus sms abang kata nak tido dah.... zzzzzz

Aku kira2 dekat 3 minggu dah aku asik balik lambat nih.. aku tak kisah.. buleh jer.. tapi sian kat anak2.. asik tunggu bila ibu nak balik. Teringat masa jadi housewife kat netherlands.. puas jaga anak sendiri kat umah... really miss that moment...

Anak2 berbaris depan pintu sambul jerit2 bila nampak kereta ibu parking

Nabil ngan danish melompat bila nampak ibu.. aisyah pun nak join

Monday, November 17, 2008

Smart Reader Annual Concert

Sabtu lepas (15/11/08) adalah Smart Reader Annual Concert. Seawal 10 pagi nabil dah bersiap2 ngan baju hawaii dia. Kul 11 aku hantar ke school. Aku dan abang gi bekpes di kedai mamak.. makan capati.. pastu jalan2 di k4. Dalam kul 1 aku dan abang amik Putra LRT ke CM sementelah concert tu kan wisma tun sambathan. Abang kata takyah naik keter.. payah nak parking.

Sampai sana dekat kul 2.. solat dulu kat bangunan takaful.. pastu aku dan abang masuk ke dewan.. Alhamdulillah majlis berjalan seperti yg di plan.. tepat jam 2.00pm majlis pun mula.. Kebetulan tarian nabil adalah persembahan pertama.. aku awal2 dah teruja... bila nampak jer nabil atas pentas... automatic air mata aku jatuh... aku tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu... happy dan terharu.... happy sbb dapat sama2 join majlis tu.. terharu .. mengenangkan betapa anak aku dah besar rupanya.. dah boleh mendengar arahan... dah berani beraksi di hadapan org ramai...

Persembahan2 hari tu mmg menghiburkan... kanak2 kan.. mmg kiut sangat...

Smart Reader Annual Concert

Berjalan ke pentas

Nabil tercari2 ibu dan abah

Nabil menari hawaii

Nabil goreng gitar

Gambar Raya

Hehehehe.. aku gelak dulu yer.... bukan apa.. tak lama lagi nak raya haji dah.. aku baru terhegeh2 nak upload gambo raya eidul fitri.... hahahaha ketawakan diri sendiri

Sebenarnya camni.. semalam baru aku berkesempatan meng'download' gambar2 raya yang dah berkurun tersepuk dalam kamera. Bila aku tgk2 teringin plak nak share gambo2 tu ngan korang... so enjoy ya....

Blog aku sukati akula kan... heheheh

My happy family


Serba hitam

Wajah2 Kesayangan Hamba

Berdua

Big Family (keluarga mertua)



Sunday, November 16, 2008

Petrosains

Jumaat lepas...abang dah janji ngan nabil nak bawak dia jenjalan + beli kasut + beli mainan sementelah hari khamis sepanjang hari aku berdating ngan abang. Aku teringin gak nak ikut tapi disebabkan boss aku kata ada kerja dia nak kasik hari jumaat tu.. aku pun dengan dedikasinya datang jugak ke opis. Kalau ikutkan hati... awal2 pagi aku dah amik EL. Aku tertunggu2 boss kasik keje.. alih2 dia kata dia lom siapkan report tu n akan kasik aku kerja next week... Aku apa lagik.. hehe dengan jayanya aku telah memujuk boss aku utk kasik aku 1/2 day off. Lagipun hari ahad tu aku kena dtg opis gak...ada presentation... jadi fair la kan.

Nabil utk kali ke-3 soh abah dia bawak ke tempat dinasor (Petrosains). Aku pun tak tau apa la yg best sangat kat petrosains tu tapi aku nampak nabil mmg enjoy. So kami ikutkan saja.

Nabil ngan dinasor

Di sebabkan ini kali ke-3 dia pegi.. semua tempat dlm petrosains tu dia dah hafal dah. Yang paling best masa naik helikopter ke pelantar minyak... kelakar nabil buat havoc dalam tu... ye lah dia dah banyak kali naik.. dah tau dah apa nak jadi...

Kami keluar dr petrosains tu dalam kul 4 ptg.. gi makan2 pastu balik umah. Nabil happy dan penat.. lain kali dia nak gi lagi katanya....

Nabil ngan abah teruja nak tgk citer dinasor 3D

Tuesday, November 11, 2008

Anak2 ku

Dah lama tak post pasal anak2... meh aku citer perkembangan derang sikit.

#Nabil
Sejak kejadian aku buang begnya kat tong sampah Nabil skang dah mahu dengar cakap aku. Alhamdulillah. Hari ni sampai jumaat dia ada rehearsal di sekolah. Hari sabtu ini 15/11 Nabil ada smart reader annual concert di Wisma Tun Sambatan. Dia akan sertai beach dancing... ala ala hawaii... tak sabar nak tgk dia menari...

#Danish
Skang Danish dah kurus... 2 minggu lepas tonsilnya bengkak... dan untuk menambahkan sengsara.. di tonsilnya yang benkak tu ada ulser.. kesian sangat.. sampai air liur pun di biarkan meleleh ajer.. sakit nak di telan... 3 hari Danish hanya mahu minum teh o dan teh o yang di bancuh dengan strepsil. Alhamdulillah dia mahu makan antibiotik yang diberi oleh doctor dari klinik famili (panel klinik aku). Lepas agak baik sikit Danish hanya mau makan bubur nasik.. dan tak mau minum susu... Baru 2 hari lepas Daniah mintak susu semula.. syukur.. harap2 Danish cepat recover.. sian ibu tengok Danish kurus skang...#Aisyah
Bersyukur sangat Aisyah tak terkena penangan sakit tekak... Alhamdulillah skang Aisyah dah boleh berlari dengan pantas.. memanjat tangga adalah kegemaran dia.. and kalau kita larang dia dah pandai merajuk sambil guling2 atas lantai.. mmg cute sangat.. Aisyah juga dah pandai merajuk dan menangis kalau ibu dukung Danish... masing2 berebut..



Monday, November 10, 2008

Saya penat....

Dah seminggu aku berkampung di office.. hari2 balik pukul 8-9 malam... alahai.. penat weh... takde menda sangat aku nak update sementelah dah seminggu aku tak kemana2... balik keje pun dah gelap.. sampia rumah anak2 pulak dah tido... sedih

Aku rasa penat sangat.. mentally and physically.... lembik.. hmmmm

Esok penawar hati pengarang jantung aku nak balik.... tak sabar dah.....

Tuesday, November 4, 2008

Bzbodi

Alahai.. baru jer nak rajin2 update blog.... dah dilanda kebizian (cewahhhh)

Mmg aku bz sejak dua menjak nih sementelah sparing partner GIS aku mengalami kecederaan patah kaki and terpaksa bercuti... Mmg tak di sangka sbb sebelum ni aku yang patah kaki dan terpaksa bercuti panjang.... skang partner aku plak... aku doakan agar partner aku nih cepat2 sembuh.. AMIN..

dari hari jumaat lepas aku balik kul 7-8 malam... penat tapi aku enjoy... so aku mintak maaf bebanyak kalau dlm 2-3 hari nih aku tak update blog yer...

p/s - sakang nih aku rindu.. rindu dan rindu sangat kat abang... tak sabar nak tunggu abang balik.. nak dating.... it is not fun to be apart.... huhuhu

Thursday, October 30, 2008

Darahku naik....!!!!!

Aku nak citer pasal semalam (rabu). Abg balik Johor selasa malam.. nabil stress abah dia balik (anak manja abah la katakan). Esoknya (rabu) aku cam biasa kejut dia gi sekolah... tapi dia nangis2 takmo gi sekolah.... aku bab2 gi sekolah nih mmg straight sket.. aku paksa jugak dia mandi + gosok gigi. Pas tu aku pakaikan uniform dan soh dia breakfast. Dia mogok takmo makan sambil protes tekak dia sakit.. aku dah check.. sikit jer merahnya.. saja alasan takmo gi sekolah.. pas aku siap2 aku heret dia masuk keter... dia nangis jerit2... sambil2 tu aku kasik kaunseling sket.. tapi dia tetap nangis takmo gi sekolah.. darah aku dah naik....

Masa aku drive tu.. aku letak handbag kat belakang... punyala pandai.. nabil gi amik hp aku tepon abah dia... Abg cakap ngan aku.. soh hantar Nabil balik.. aku dah hangin satu badan dah.. tapi aku ikutkan ajer.... sampai umah aku bukak pintu keter.. amik beg sekolah dia campak kat tong sampah.. gerammm sangat (sampai opis aku tepon bibik soh amik balik beg tu hehehehe)..... masa aku sampai tu bibik ada kat dalam pagar.. main2 ngan danish + aisyah.. nampak jer aku buang beg tu terus dia dukung + pujuk nabil... siap pesan soh aku bawak keter elok2 sbb dia nampak aku marah sangat....

Aduhai la.... mmg aku rasa marah sangat..
#1 marah + geram kat nabil sbb takmo gi sekolah
#2 marah kat abang sbb manjakan sangat Nabil

tak tau nak buat apa....pagi2 kasik ibu punya darah naik....

balik opis aku pujuk + kaunseling sket si nabil... pastu doakan dia sungguh2 lepas solat... semoga Allah jadikan nabil anak yang SOLEH.. AMIN...

Ibu mertuaku...

Hujung minggu lepas (ahad-selasa) ibu mertuaku datang bertandang ke KL (umah aku la). Sejak dua menjak nih dia tak berapa sihat... darah tinggi naik... kencing manis pun naik... badan pun lemah ajer...

Sementara mak kat KL nih aku dan abang bawakla mak gi berubat... urut... Dari pengalaman adik ipar aku yg kat Kuala Selangor ada makcik urut yg bagus kat ijok.. dia pernah urut kat situ.. hari sabtu kitaorg pun bawak mak gi sana... Alhamdulillah mmg serasi.. pas urut (lama ooo dia urut.. dekat 2 jam... aku yg menunggu siap tertido atas sofa)... nampak mak segar sikit...

hari ahad kami ke darul Syifa'.. dapat giliran no 6... tapi ustaz2 yang otai2 takde yg ada anak2 murid dia jer.. (yg belum pro lagi kut) belum sempat pun nak terangkan sakit apa... dia dah jampi dah.. itupun baca laju2.....agak hampa...hmm

Hari isnin gi urut lagi ke ijok.. tapi disebabkan aku dah start keje.. abg gi berdua jer ngan mak dia

Hari selasa gi lagi cuba nasib ke Darul Syifa'.. kalau ikut jadual Ustaz harun din akan ada kat klinik dia hari selasa... pas subuh mak, ayah ngan abang gi la ke darul Syifa' di Bangi.. tapi takde rezeki dpt giliran ke 229... Ustaz harun din hanya rawat pesakit sampai 200 jer.... Nasib baik pakcik abg ada no tepon anak murid Ustaz harun din yg otai sikit.. mak ngan abang pun tepon dan terjah umah dia.. Alhamdulillah dia ada... mengikut kata Ustaz nih.. mak kena gangguan sbb badan mak lemah kan.. ustaz tu adalah bekalkan air utk minum dan mandi.. jugak doa2 utk di amalkan... setakat nih Alhamdulillah nampak mak makin pulih...

Di sebabkan sibuk menguruskan ibu mertuaku... aku tak dapat hadir ke open2 house.. mintak maaf kak zura, nisa, zana, kak yati yang menjemput..... tak de rezeki nampaknya...

Lembaran baru..

Alahai.. bersawang bagai dah umah aku nih... puh.. puh.. puh.. (tiup habuk)

#1 Aku nak mintak maaf pada korang sumer sebab lamaaa sgt tak hapdet blog aku nih (walau aku tau takde sapa baca kan.. hehe)

#2 Atas sebab2 teknikal dan mental gambar2 raya tak dapat di paparkan kat sini.... lagipun raya kan dah abis... sorry naik lori

#3 InsyaAllah pas nih aku nak aktif balik nulis blog nih (takleh janji.. takut takleh tepati cam hari tu huhuhuhu)


Chow dulu.. good day everyone...

Wednesday, October 15, 2008

Batu dalam hempedu

Semalam aku amik annual leave sbb kawan2 abang (dlm 30 org) nak dtg umah so aku masak la sikit2 kasik derang makan...

Dah terlanjur cuti aku pun gi klinik sementelah sejak raya hari tu aku tak berapa sihat.. kena jangkitan hempedu... masa tu doc kasik aku makan antibiotik.. sakit pun hilang.. but after abis ubat.. sakit dtg balik.. walaupun tak sesakit dulu.. skang ni nak bernafas pun aku sakit tau...

Hasil perjumpaan ngan doc terbaru nih.. doc syak aku ada batu dlm hempedu sbb dari image scan hempedu aku bengkak. Doc terus kasik reffer letter ke ampang puteri.. soh buat further check-up kat sana.. doc kata kalau derang detect ada stone dlm hempedu aku derang akan buat operation buang hempedu terus... (aiiyooooo takut weh dengo)

Hmm.. tak tau la.. lepas satu2 sakit aku nih.... nak mati dah ker aku nih (takut weh nak mati.. amalan tak cukup lagi nih huhuhuhu). Harap aku tabah terima ujian TUHAN nih. Ya Allah sembuhkan penyakit aku ni... AMIN...

Sawang

Alahai.. dah bersawang umah aku nih... so sorry lom ada mood la nak buat entry (hehehe ada ker yg baca pon....) Nnt la.. minggu depan aku citer pasal raya yer.... promise... roger and out

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Dah 24 hari dah kita posa yer.... tak lama lagi nak raya dah kan... okla di kesempatan ni aku dan keluarga nak mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

MOHON DI MAAFKAN SEGALA KESILAPAN

DAN DI HALALKAN SEMUANYA


Jemput Datang ke Rumah yer...

Berbuka puasa day-24

Ni nak share pasal berbuka semalam... di sebabkan abang tak balik lagik.. so aku ngan gigihnya masak la sendiri. Ni lah juadah berbuka semalam.. simple2 ajer...
ayam percik ni aku tak masak.. aku beli jer kat param


Ni pun specialties aku kat Holland.. dgg goreng kicap


Sup sayur untuk nabil

kuih-muih beli kat param

Tuesday, September 23, 2008

Kuih Raya 2 dan Kenangan

Ni gambo kuih raya lagik.. biskut cornflake blueberry... baru dapat semalam.. ada lg 2 yg InsyaAllah akan dapat hari nih.. biskut makmur and choc. chip. Bila aku perati2 balik.. banyak pulak kuih raya yg aku beli tahun nih... yer la kan.. semangat lebih sket... 4 tahun dah beraya kat perantauan.. ni baru dapat beraya di tanah air...
Selalunya kan.. time2 camni aku akan menunggu kotak2 kiriman dari mak dan mak mertua aku... dan biasanya apa yang aku dapat adalah set baju raya utk kami sekeluarga dan kuih raya yang hancur atau separa hancur.. time ni la rasa berharga sungguh kuih raya ni weh.. siap asingkan satu2... masukkan dlm bekas lain... yang hancur2nya pulak makan pakai sudu.. huhuhu sedih kan....

Pastu biasanya rumah aku akan jadi port budak2 bujang utk berbuka puasa dan makan2 perabih kuih raya. Biasanya abang dan budak2 bujang tu akan solat isyak dan terawikh sama2. Pastu lepak2 lagik sambil minum milo dan layan PS2 atau layan movie kat TV. Budak2 bujang nih mmg selalu datang umah aku sementelah abang mmg rapat dengan derang. Alhamdulillah.. bila tetamu selalu kerumah.. rezeki pun derang bawa bersama... mmg kat sana walaupun tak la mewah (yerla mana nak mewah alaun student jer kan) tapi hati tenang dan happy ajer.. hmm really miss that momment...

Malam raya pulak kami akan buat takbir rumah ke rumah... golongan bujang dan golongan bapa akan pergi dari rumah kerumah untuk bertakbir sementara golongan ibu akan menyediakan makanan.. biasanya makanan yang dihidang adalah makanan disediakan utk hari raya esoknya.. mcm ketupat, lemang segera, rendang, kuah kacang.. etc majlis akan berjalan sampai tgh malam biasanya.

Pagi raya pulak.. pagi2 tu berbondong2 lah muslim dan muslimah (termasuk org indonesia, org morocco dan org turki) dengan baju raya masing2 ke hentian tram. Tujuannya hanya satu.. ke kedutaan2 yang terletak di Den Haag (The Hague). Biasanya kami org2 malaysia akan berjanji untuk pergi beramai2. Di Kedutaan Malaysia biasanya solat sunat AidilFitri akan bermula jam 9 pagi. Sebelum tu Takbir akan di bacakan bergilir2.. syahdu oooo dengar takbir raya nih.. teringat kampung halaman.. sob..sob..sob. Acara kemuncak ialah MAKAN... lepas solat org2 malaysia akan dijamu dengan banyakkkkk jenis makanan.. masa nih la nak makan lemang betul.. rendang, sate.. semualah.. time ni jugaklah jumpa dan sembang2 dengan kawan2 yang jauh.

Kalau kat sana rayanya sehari jer yg meriah kan.. biasanya kami semua akan pakai baju melayu/kurung sampai malam tau... hehehe sungguh manis kenangan itu dan selalunya rumah kamilah yang jadi port rumah terbuka except raya yang terakhir kami disana sbb aku tgh sarat mengandung masa tu... beramai2 la member datang dangan family masing2 dan biasanya akan lepak2 sampai malam... InsyaAllah aku akan masukkan gambar2 raya kat sana nnt.. tadi aku lupa nak copy... Apa2 pun aku mmg rindu suasana puasa dan raya di sana....syahdu..

Monday, September 22, 2008

Kuih Raya

Aku tahun nih order kuih raya dari office ajer. Disamping buleh rasa sample dulu aku happy buleh tolong kawan2 sekali.

Ini kuih muih yang dah dapat.. tart nenas, almond london, simpul kasih and kerepek pedas.... 3 more to come..


Sunday, September 21, 2008

Berbuka puasa di Terminal Seafood

Ahad lepas aku, abang dan nabil gi jalan2 cari makan (tempat berbuka sebenarnya). Aku nih kan pantang abang ada kat KL mulalah aku ajak dia makan berbuka kat luar. Yerla kan bukan selalu dia ada kat KL.. Inilah jer masa aku nak manja2 gitu. Kalau kat umah.. selalu jer kalah ngan anak2.. derang bukan buleh tgk abah derang.. asik nak melekat jer....

Kitaorg pun cari punya cari tetiba dengar iklan kat radio pasal Seafood Terminal di Tmn Ukays. Terus teruja nak pergi berbuka kat sana sementelah tempatnya dekat bebeno ngan rumah aku kan. Lagipun restoran nih pernah masuk dalam Jalan Jalan cari Makan, TV3 so aku bajet mesti sedap/spesel la. Aku pun call lah restoran ni utk buat reservation tapi asikla tak dapat.. so kitaorg pegi jer terjah terus ke restoran tu. Sib baik masa sampai sana ada pekerja dia pun baru sampai.. so dia bawak aku masuk utk urusan reservation tu.. siap pilih meja mana nak duduk. Aku pilih meja yg betul2 sebelah swimming pool... cool... (sayang sangat aku tak snap gambo.. lupa ko...)

Makanan kat sana best. Seafood di sediakan mentah (fresh dan besar2) dan di masak sendiri guna 3 cara; steam, steamboat and BBQ menggunakan satu alatan yang disediakan setiap meja (selalu yang kita pegi leh buat steamboat jer kan... yg ni boleh buat tiga3). Makanan2 lain pun disediakan jugak.. mcm nasik goreng, mee goreng , desert and etc. Yang paling best.. kambing panggang... derang panggang seekor kambing tu.... mmg maveles la....

Tapikan disebabkan aku nih kalau nampak makanan terus nak makan jer.. sampai terlupa nak snap gambo... takde la gambo2 makanan.. huhhuhu.. ni jer gambo yang sempat di snap.. itupun amik masa nak bayo bil..


Nabil yang happy sesangat dpt makan Udang Beso.. feberet dia tu...

Mesin Basuh 3

Jumaat lepas kul 12.30pm gitu.. technician dari Electrolux datang utk tengokkan mesin basuh aku yang takleh drain tu.

Godek punya godek rupa2nya pump mesin tu terbakar and di sebabkan pump ni terbakar panel utama pun defect sekali. Technician tu pun tukarkan pump ngan panel utama ni dengan yang baru... Walllaaaa elok dah mesin basuh aku... Alhamdulillah. Disebabkan mesin basuh aku tu masih under guarantee so sumer service is FOC.

Credit to Electrolux Customer Care Team yang cekap.. seronok deal ngan korang.

Mesin basuh aku selepas di service..... pulih seperti biasa.. yahoooo....

Appointment with Dr. Datuk Wahab Ghani

Jumaat lepas aku pergi jumpa Dr. utk follow up. Tulang peha aku di X-Ray utk kesekian kali dan inilah hasilnya.

Tulang Peha aku selepas 3 bulan pembedahan

Result 1

Dr. kata tulang bahu aku (takde dalam gambo) dah baik sepenuhnya. In fact dia hairan sbb katanya X-ray tulang bahu aku nampak mcm tak pernah patah. Alhamdulillah.. walaupun masih sakit sikit2 and tak boleh angkat barang berat2.. tangan aku dah boleh di angkat ke semua arah. Buat pengetahuan korang.. masa mula2 accident dulu tangan aku tak leh angkat lebih dari 20 darjah pun.. sakit sangattttt.

Result 2

Dr. kata aku dah tak perlu guna tongkat sementelah aku dah tak rasa sakit sangat kalau kaki yang cedera tu di pijakkan sepenuhnya. Sebenarnya Dr. kata dia tak sangka aku dah buleh jalan sendiri dalam masa 3 bulan. He is impressed.

Result 3

Dr. dah belek2 X-ray tulang peha aku and dia suggest utk bukak skru tu lepas 6 bulan. Terkejut badak aku dengar. Yang sempat aku tanya... "tak sakit ke dr?". Dr kata cuma akan sakit operation saja. Selepas operation aku dah buleh jalan macam biasa... cuma in the first 6 weeks aku kena extra careful sementelah bila skru tu dikeluarkan tulang aku akan berLUBANG dan ini akan menyebabkan tulang aku akan lemah. Bila LUBANG kat tulang tu dah fill.. aku akan pulih seperti biasa.... BerLUBANG weh tulang aku... ngeri aku fikir... Am I going to do it?? tak sure lagi.. kena risik2 ngan insuran.. kalau cover mungkin aku buat.. kalau tak.. aku tak nak bukak lah.. biar jer skru tu kat situ.. huhuhu takuttttt

Wednesday, September 17, 2008

Mesin Basuhku 2 dan baju raya

Jam 8.45am pagi tadi aku sekali lagik call Customer Care Elextrolux. Alhamdulillah dapat. Derang akan hantar orang tengokkan petang esok. Legaaaa.. sket , kalau tak tido pun tak lena memikirkan masalah ni. Lagipun aku mmg MC esok sbb ada appoinment ngan Dr. Dato Wahab Ghani kat Hospital Ampang Puteri.. so mmg sesuaila derang nak datang esok. Harap2 takla teruk sangat masalahnya. Ok selesai satu perkara.

Perkara lain lak...hari nih baju raya aku siap... yeayy.. aku dah suruh kakcik amik sementelah opis dia dekat ngan kedai baju tu.. nnt bila dah dapat aku tangkap gambo letak kat sini yer....

Pudding Cup

Ya Ampun.... dah lamaaaa sangat aku cari cup utk puding kastard aku. Kalau korang nak tau.. puding kastard nih one of aku punya specialties masa kat Holland nun.. pantang aku buat berebut2 derang makan (yer la.. kat sana kan susah dpt makanan melayu + halal.. apa masak pun mesti licin). Masa kat sana aku selalu beli gelas wain yang pakai buang tu utk letak puding kastsrd aku.. tapi kat mesia nih cari punya cari.. tak jumpa2. Ada satu aku jumpa kat JJ.. alahaiiii mahai bebano.. 1 harganya 7 hinggit lebih....

Semalam masa aku tgh masak utk berbuka N call aku bagitau dia kat kedai 99sen and ada cup yg cantik + sesuai utk puding kastad aku... harga 2 hinggit jer satu. Aku pun terus jer soh N beli 10 ketui... hehehe

Pagi ni.. sampai jer opis N tunjukkan aku cup tu... Wallaaaa.... cantik bangat... Terima kasih banyak2 pada N yang tolong belikan utk aku.. happy bangat.. really appreciated it......Bergayalah puding kastard aku raya nanti. Korang nak rasa??... meh la singgah beraya ke rumah aku nnt yer....

Tuesday, September 16, 2008

My Heroes

Saja nak share gambar heroes aku nih. Kalau abang takde derang la peneman aku tido. Masa lepas mandi pagi tadi nampak derang tido berpelukan gitu.. so sweet.. Derang berdua ni.. kalo time gado.. mmg gado betul2.. siap wrestling2.. tapi time elok.. baik sangat.. boleh jer main sama2.. yang adik (danish) kalau abangnya nangis sbb jatuh or sakit.. dia pun akan nangis sekali.. sbb sedih. Yang abang (nabil) pulak kalau danish nangis.. dia happy.... huhuhu so selalu la dengar danish nangis kat umah nih.... macam2 perangai hero2 ibu... itula org kata tiap anak berbeza2... even masa melahirkan pun tak sama pengalamannya..

I love my heroes

Mesin Basuhku

Semalam balik opis aku singgah di HERO utk beli barang2 dapur. Susah juga bila abang takde.. semua aku kena uruskan sendiri. Sampai di rumah anak2 dah menunggu di depan pintu. Semuanya terjerit2 panggil ibu. Aku yang kepenatan melambai2 pada anak2. Bibik keluar tutup pagar dan tolong aku angkat barang2 yang aku beli.

Bila tgh siap2 nak masak bibik bagitau mesin basuh aku stop half way. Aku pun check.. mmg betul la. Aku dengan semangat waja bukak la instruction booklet dan ikut apa yang dia suruh kalau ada masalah camtu. Aku pun kerjain la mesin basuh tu.. tu dia... kat pump dia.. aku jumpa duit syiling, putik kapas, tutp pen.. etc.. aduih haiii.... bila sumer dah selesai aku cuba on.. boleh wash tapi still tak leh drain.. hmmm.. aku suspect tiub utk drain tu sumbat.. but aku tak tau nak wat camner. Alahai.... hmm

Pagi ni aku dengan semangat yg berkobar2 tepon Customer Care Elextrolux... tapi yang aku dengar adalah ini.. "Terima kasih kerana menghubungi Elextrolux Customer Care. Kami bercuti kerana nuzul qur'an. Kami akan kembali beroperasi pada 18 september. Terima Kasih"

Ooooo selangor cuti rupanya yer... aku tak perasan pun.. nampak gayanya kena tunggu esokla. Malam ni kena gi tumpang basuh kain kat umah pakcik abang di Melawati.... kalau aku rajin la...

Monday, September 15, 2008

Berbuka di Le Meridien

Semalam aku, abang dan Nabil berbuka di Hotel Le Meridien, KL Sentral. Kami makan di Nafourah. Makanannya sedap juga.. ala2 arab gitu... Kami pergi naik Putra LRT jer sementelah hotelnya 3 minit berjalan kaki jer dari KL Sentral station. Kami naik Putra LRT dari Setiawangsa pukul 5.30 petang... Wallaaaaaa takde org... sunyi jer... iyalah.. bulan posa kan.. sumer org dah balik awal... Sampai di Nafourah pukul 6.30 petang.. duduk2 lepak.. amik makanan.. azan pun berkumandang. Yang best kat sini walaupun buffet.. tapi tak la crowded sangat.. sumer org pun cool ajer aku tengok.. hehe Surau pun dekat jer... bersih dan cantik..

Apa2pun tima kasih bebanyak pada abang sbb belanja kami makan kat sini. InsyaAllah bila abg balik sini masa minggu nak raya nnt kita belanja abang kat Hotel Corus plak ekkk....

Nafourah

Nafourah


Ni gambar Nabil kat swimming pool Hotel Le Meridien. Gambar dah sudah makan. Sbb tu nampak happy sangat. Alhamdulillah sampai hari nih Nabil belum tinggal puasa lagi. Semoga Nabil menjadi anak yang SOLEH.. Amin..