Tuesday, September 16, 2008

Mesin Basuhku

Semalam balik opis aku singgah di HERO utk beli barang2 dapur. Susah juga bila abang takde.. semua aku kena uruskan sendiri. Sampai di rumah anak2 dah menunggu di depan pintu. Semuanya terjerit2 panggil ibu. Aku yang kepenatan melambai2 pada anak2. Bibik keluar tutup pagar dan tolong aku angkat barang2 yang aku beli.

Bila tgh siap2 nak masak bibik bagitau mesin basuh aku stop half way. Aku pun check.. mmg betul la. Aku dengan semangat waja bukak la instruction booklet dan ikut apa yang dia suruh kalau ada masalah camtu. Aku pun kerjain la mesin basuh tu.. tu dia... kat pump dia.. aku jumpa duit syiling, putik kapas, tutp pen.. etc.. aduih haiii.... bila sumer dah selesai aku cuba on.. boleh wash tapi still tak leh drain.. hmmm.. aku suspect tiub utk drain tu sumbat.. but aku tak tau nak wat camner. Alahai.... hmm

Pagi ni aku dengan semangat yg berkobar2 tepon Customer Care Elextrolux... tapi yang aku dengar adalah ini.. "Terima kasih kerana menghubungi Elextrolux Customer Care. Kami bercuti kerana nuzul qur'an. Kami akan kembali beroperasi pada 18 september. Terima Kasih"

Ooooo selangor cuti rupanya yer... aku tak perasan pun.. nampak gayanya kena tunggu esokla. Malam ni kena gi tumpang basuh kain kat umah pakcik abang di Melawati.... kalau aku rajin la...

No comments: