Sunday, September 21, 2008

Appointment with Dr. Datuk Wahab Ghani

Jumaat lepas aku pergi jumpa Dr. utk follow up. Tulang peha aku di X-Ray utk kesekian kali dan inilah hasilnya.

Tulang Peha aku selepas 3 bulan pembedahan

Result 1

Dr. kata tulang bahu aku (takde dalam gambo) dah baik sepenuhnya. In fact dia hairan sbb katanya X-ray tulang bahu aku nampak mcm tak pernah patah. Alhamdulillah.. walaupun masih sakit sikit2 and tak boleh angkat barang berat2.. tangan aku dah boleh di angkat ke semua arah. Buat pengetahuan korang.. masa mula2 accident dulu tangan aku tak leh angkat lebih dari 20 darjah pun.. sakit sangattttt.

Result 2

Dr. kata aku dah tak perlu guna tongkat sementelah aku dah tak rasa sakit sangat kalau kaki yang cedera tu di pijakkan sepenuhnya. Sebenarnya Dr. kata dia tak sangka aku dah buleh jalan sendiri dalam masa 3 bulan. He is impressed.

Result 3

Dr. dah belek2 X-ray tulang peha aku and dia suggest utk bukak skru tu lepas 6 bulan. Terkejut badak aku dengar. Yang sempat aku tanya... "tak sakit ke dr?". Dr kata cuma akan sakit operation saja. Selepas operation aku dah buleh jalan macam biasa... cuma in the first 6 weeks aku kena extra careful sementelah bila skru tu dikeluarkan tulang aku akan berLUBANG dan ini akan menyebabkan tulang aku akan lemah. Bila LUBANG kat tulang tu dah fill.. aku akan pulih seperti biasa.... BerLUBANG weh tulang aku... ngeri aku fikir... Am I going to do it?? tak sure lagi.. kena risik2 ngan insuran.. kalau cover mungkin aku buat.. kalau tak.. aku tak nak bukak lah.. biar jer skru tu kat situ.. huhuhu takuttttt

1 comment:

LMj said...

perghhh!! aku tak tau plak ko dah tuko jadik robocop gee.. hehehe