Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Dah 24 hari dah kita posa yer.... tak lama lagi nak raya dah kan... okla di kesempatan ni aku dan keluarga nak mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

MOHON DI MAAFKAN SEGALA KESILAPAN

DAN DI HALALKAN SEMUANYA


Jemput Datang ke Rumah yer...

Berbuka puasa day-24

Ni nak share pasal berbuka semalam... di sebabkan abang tak balik lagik.. so aku ngan gigihnya masak la sendiri. Ni lah juadah berbuka semalam.. simple2 ajer...
ayam percik ni aku tak masak.. aku beli jer kat param


Ni pun specialties aku kat Holland.. dgg goreng kicap


Sup sayur untuk nabil

kuih-muih beli kat param

Tuesday, September 23, 2008

Kuih Raya 2 dan Kenangan

Ni gambo kuih raya lagik.. biskut cornflake blueberry... baru dapat semalam.. ada lg 2 yg InsyaAllah akan dapat hari nih.. biskut makmur and choc. chip. Bila aku perati2 balik.. banyak pulak kuih raya yg aku beli tahun nih... yer la kan.. semangat lebih sket... 4 tahun dah beraya kat perantauan.. ni baru dapat beraya di tanah air...
Selalunya kan.. time2 camni aku akan menunggu kotak2 kiriman dari mak dan mak mertua aku... dan biasanya apa yang aku dapat adalah set baju raya utk kami sekeluarga dan kuih raya yang hancur atau separa hancur.. time ni la rasa berharga sungguh kuih raya ni weh.. siap asingkan satu2... masukkan dlm bekas lain... yang hancur2nya pulak makan pakai sudu.. huhuhu sedih kan....

Pastu biasanya rumah aku akan jadi port budak2 bujang utk berbuka puasa dan makan2 perabih kuih raya. Biasanya abang dan budak2 bujang tu akan solat isyak dan terawikh sama2. Pastu lepak2 lagik sambil minum milo dan layan PS2 atau layan movie kat TV. Budak2 bujang nih mmg selalu datang umah aku sementelah abang mmg rapat dengan derang. Alhamdulillah.. bila tetamu selalu kerumah.. rezeki pun derang bawa bersama... mmg kat sana walaupun tak la mewah (yerla mana nak mewah alaun student jer kan) tapi hati tenang dan happy ajer.. hmm really miss that momment...

Malam raya pulak kami akan buat takbir rumah ke rumah... golongan bujang dan golongan bapa akan pergi dari rumah kerumah untuk bertakbir sementara golongan ibu akan menyediakan makanan.. biasanya makanan yang dihidang adalah makanan disediakan utk hari raya esoknya.. mcm ketupat, lemang segera, rendang, kuah kacang.. etc majlis akan berjalan sampai tgh malam biasanya.

Pagi raya pulak.. pagi2 tu berbondong2 lah muslim dan muslimah (termasuk org indonesia, org morocco dan org turki) dengan baju raya masing2 ke hentian tram. Tujuannya hanya satu.. ke kedutaan2 yang terletak di Den Haag (The Hague). Biasanya kami org2 malaysia akan berjanji untuk pergi beramai2. Di Kedutaan Malaysia biasanya solat sunat AidilFitri akan bermula jam 9 pagi. Sebelum tu Takbir akan di bacakan bergilir2.. syahdu oooo dengar takbir raya nih.. teringat kampung halaman.. sob..sob..sob. Acara kemuncak ialah MAKAN... lepas solat org2 malaysia akan dijamu dengan banyakkkkk jenis makanan.. masa nih la nak makan lemang betul.. rendang, sate.. semualah.. time ni jugaklah jumpa dan sembang2 dengan kawan2 yang jauh.

Kalau kat sana rayanya sehari jer yg meriah kan.. biasanya kami semua akan pakai baju melayu/kurung sampai malam tau... hehehe sungguh manis kenangan itu dan selalunya rumah kamilah yang jadi port rumah terbuka except raya yang terakhir kami disana sbb aku tgh sarat mengandung masa tu... beramai2 la member datang dangan family masing2 dan biasanya akan lepak2 sampai malam... InsyaAllah aku akan masukkan gambar2 raya kat sana nnt.. tadi aku lupa nak copy... Apa2 pun aku mmg rindu suasana puasa dan raya di sana....syahdu..

Monday, September 22, 2008

Kuih Raya

Aku tahun nih order kuih raya dari office ajer. Disamping buleh rasa sample dulu aku happy buleh tolong kawan2 sekali.

Ini kuih muih yang dah dapat.. tart nenas, almond london, simpul kasih and kerepek pedas.... 3 more to come..


Sunday, September 21, 2008

Berbuka puasa di Terminal Seafood

Ahad lepas aku, abang dan nabil gi jalan2 cari makan (tempat berbuka sebenarnya). Aku nih kan pantang abang ada kat KL mulalah aku ajak dia makan berbuka kat luar. Yerla kan bukan selalu dia ada kat KL.. Inilah jer masa aku nak manja2 gitu. Kalau kat umah.. selalu jer kalah ngan anak2.. derang bukan buleh tgk abah derang.. asik nak melekat jer....

Kitaorg pun cari punya cari tetiba dengar iklan kat radio pasal Seafood Terminal di Tmn Ukays. Terus teruja nak pergi berbuka kat sana sementelah tempatnya dekat bebeno ngan rumah aku kan. Lagipun restoran nih pernah masuk dalam Jalan Jalan cari Makan, TV3 so aku bajet mesti sedap/spesel la. Aku pun call lah restoran ni utk buat reservation tapi asikla tak dapat.. so kitaorg pegi jer terjah terus ke restoran tu. Sib baik masa sampai sana ada pekerja dia pun baru sampai.. so dia bawak aku masuk utk urusan reservation tu.. siap pilih meja mana nak duduk. Aku pilih meja yg betul2 sebelah swimming pool... cool... (sayang sangat aku tak snap gambo.. lupa ko...)

Makanan kat sana best. Seafood di sediakan mentah (fresh dan besar2) dan di masak sendiri guna 3 cara; steam, steamboat and BBQ menggunakan satu alatan yang disediakan setiap meja (selalu yang kita pegi leh buat steamboat jer kan... yg ni boleh buat tiga3). Makanan2 lain pun disediakan jugak.. mcm nasik goreng, mee goreng , desert and etc. Yang paling best.. kambing panggang... derang panggang seekor kambing tu.... mmg maveles la....

Tapikan disebabkan aku nih kalau nampak makanan terus nak makan jer.. sampai terlupa nak snap gambo... takde la gambo2 makanan.. huhhuhu.. ni jer gambo yang sempat di snap.. itupun amik masa nak bayo bil..


Nabil yang happy sesangat dpt makan Udang Beso.. feberet dia tu...

Mesin Basuh 3

Jumaat lepas kul 12.30pm gitu.. technician dari Electrolux datang utk tengokkan mesin basuh aku yang takleh drain tu.

Godek punya godek rupa2nya pump mesin tu terbakar and di sebabkan pump ni terbakar panel utama pun defect sekali. Technician tu pun tukarkan pump ngan panel utama ni dengan yang baru... Walllaaaa elok dah mesin basuh aku... Alhamdulillah. Disebabkan mesin basuh aku tu masih under guarantee so sumer service is FOC.

Credit to Electrolux Customer Care Team yang cekap.. seronok deal ngan korang.

Mesin basuh aku selepas di service..... pulih seperti biasa.. yahoooo....

Appointment with Dr. Datuk Wahab Ghani

Jumaat lepas aku pergi jumpa Dr. utk follow up. Tulang peha aku di X-Ray utk kesekian kali dan inilah hasilnya.

Tulang Peha aku selepas 3 bulan pembedahan

Result 1

Dr. kata tulang bahu aku (takde dalam gambo) dah baik sepenuhnya. In fact dia hairan sbb katanya X-ray tulang bahu aku nampak mcm tak pernah patah. Alhamdulillah.. walaupun masih sakit sikit2 and tak boleh angkat barang berat2.. tangan aku dah boleh di angkat ke semua arah. Buat pengetahuan korang.. masa mula2 accident dulu tangan aku tak leh angkat lebih dari 20 darjah pun.. sakit sangattttt.

Result 2

Dr. kata aku dah tak perlu guna tongkat sementelah aku dah tak rasa sakit sangat kalau kaki yang cedera tu di pijakkan sepenuhnya. Sebenarnya Dr. kata dia tak sangka aku dah buleh jalan sendiri dalam masa 3 bulan. He is impressed.

Result 3

Dr. dah belek2 X-ray tulang peha aku and dia suggest utk bukak skru tu lepas 6 bulan. Terkejut badak aku dengar. Yang sempat aku tanya... "tak sakit ke dr?". Dr kata cuma akan sakit operation saja. Selepas operation aku dah buleh jalan macam biasa... cuma in the first 6 weeks aku kena extra careful sementelah bila skru tu dikeluarkan tulang aku akan berLUBANG dan ini akan menyebabkan tulang aku akan lemah. Bila LUBANG kat tulang tu dah fill.. aku akan pulih seperti biasa.... BerLUBANG weh tulang aku... ngeri aku fikir... Am I going to do it?? tak sure lagi.. kena risik2 ngan insuran.. kalau cover mungkin aku buat.. kalau tak.. aku tak nak bukak lah.. biar jer skru tu kat situ.. huhuhu takuttttt

Wednesday, September 17, 2008

Mesin Basuhku 2 dan baju raya

Jam 8.45am pagi tadi aku sekali lagik call Customer Care Elextrolux. Alhamdulillah dapat. Derang akan hantar orang tengokkan petang esok. Legaaaa.. sket , kalau tak tido pun tak lena memikirkan masalah ni. Lagipun aku mmg MC esok sbb ada appoinment ngan Dr. Dato Wahab Ghani kat Hospital Ampang Puteri.. so mmg sesuaila derang nak datang esok. Harap2 takla teruk sangat masalahnya. Ok selesai satu perkara.

Perkara lain lak...hari nih baju raya aku siap... yeayy.. aku dah suruh kakcik amik sementelah opis dia dekat ngan kedai baju tu.. nnt bila dah dapat aku tangkap gambo letak kat sini yer....

Pudding Cup

Ya Ampun.... dah lamaaaa sangat aku cari cup utk puding kastard aku. Kalau korang nak tau.. puding kastard nih one of aku punya specialties masa kat Holland nun.. pantang aku buat berebut2 derang makan (yer la.. kat sana kan susah dpt makanan melayu + halal.. apa masak pun mesti licin). Masa kat sana aku selalu beli gelas wain yang pakai buang tu utk letak puding kastsrd aku.. tapi kat mesia nih cari punya cari.. tak jumpa2. Ada satu aku jumpa kat JJ.. alahaiiii mahai bebano.. 1 harganya 7 hinggit lebih....

Semalam masa aku tgh masak utk berbuka N call aku bagitau dia kat kedai 99sen and ada cup yg cantik + sesuai utk puding kastad aku... harga 2 hinggit jer satu. Aku pun terus jer soh N beli 10 ketui... hehehe

Pagi ni.. sampai jer opis N tunjukkan aku cup tu... Wallaaaa.... cantik bangat... Terima kasih banyak2 pada N yang tolong belikan utk aku.. happy bangat.. really appreciated it......Bergayalah puding kastard aku raya nanti. Korang nak rasa??... meh la singgah beraya ke rumah aku nnt yer....

Tuesday, September 16, 2008

My Heroes

Saja nak share gambar heroes aku nih. Kalau abang takde derang la peneman aku tido. Masa lepas mandi pagi tadi nampak derang tido berpelukan gitu.. so sweet.. Derang berdua ni.. kalo time gado.. mmg gado betul2.. siap wrestling2.. tapi time elok.. baik sangat.. boleh jer main sama2.. yang adik (danish) kalau abangnya nangis sbb jatuh or sakit.. dia pun akan nangis sekali.. sbb sedih. Yang abang (nabil) pulak kalau danish nangis.. dia happy.... huhuhu so selalu la dengar danish nangis kat umah nih.... macam2 perangai hero2 ibu... itula org kata tiap anak berbeza2... even masa melahirkan pun tak sama pengalamannya..

I love my heroes

Mesin Basuhku

Semalam balik opis aku singgah di HERO utk beli barang2 dapur. Susah juga bila abang takde.. semua aku kena uruskan sendiri. Sampai di rumah anak2 dah menunggu di depan pintu. Semuanya terjerit2 panggil ibu. Aku yang kepenatan melambai2 pada anak2. Bibik keluar tutup pagar dan tolong aku angkat barang2 yang aku beli.

Bila tgh siap2 nak masak bibik bagitau mesin basuh aku stop half way. Aku pun check.. mmg betul la. Aku dengan semangat waja bukak la instruction booklet dan ikut apa yang dia suruh kalau ada masalah camtu. Aku pun kerjain la mesin basuh tu.. tu dia... kat pump dia.. aku jumpa duit syiling, putik kapas, tutp pen.. etc.. aduih haiii.... bila sumer dah selesai aku cuba on.. boleh wash tapi still tak leh drain.. hmmm.. aku suspect tiub utk drain tu sumbat.. but aku tak tau nak wat camner. Alahai.... hmm

Pagi ni aku dengan semangat yg berkobar2 tepon Customer Care Elextrolux... tapi yang aku dengar adalah ini.. "Terima kasih kerana menghubungi Elextrolux Customer Care. Kami bercuti kerana nuzul qur'an. Kami akan kembali beroperasi pada 18 september. Terima Kasih"

Ooooo selangor cuti rupanya yer... aku tak perasan pun.. nampak gayanya kena tunggu esokla. Malam ni kena gi tumpang basuh kain kat umah pakcik abang di Melawati.... kalau aku rajin la...

Monday, September 15, 2008

Berbuka di Le Meridien

Semalam aku, abang dan Nabil berbuka di Hotel Le Meridien, KL Sentral. Kami makan di Nafourah. Makanannya sedap juga.. ala2 arab gitu... Kami pergi naik Putra LRT jer sementelah hotelnya 3 minit berjalan kaki jer dari KL Sentral station. Kami naik Putra LRT dari Setiawangsa pukul 5.30 petang... Wallaaaaaa takde org... sunyi jer... iyalah.. bulan posa kan.. sumer org dah balik awal... Sampai di Nafourah pukul 6.30 petang.. duduk2 lepak.. amik makanan.. azan pun berkumandang. Yang best kat sini walaupun buffet.. tapi tak la crowded sangat.. sumer org pun cool ajer aku tengok.. hehe Surau pun dekat jer... bersih dan cantik..

Apa2pun tima kasih bebanyak pada abang sbb belanja kami makan kat sini. InsyaAllah bila abg balik sini masa minggu nak raya nnt kita belanja abang kat Hotel Corus plak ekkk....

Nafourah

Nafourah


Ni gambar Nabil kat swimming pool Hotel Le Meridien. Gambar dah sudah makan. Sbb tu nampak happy sangat. Alhamdulillah sampai hari nih Nabil belum tinggal puasa lagi. Semoga Nabil menjadi anak yang SOLEH.. Amin..



Berbuka di Chemor

Hujung minggu lepas balik umah mak aku berbuka... macam2 mak aku masak.. adik beradik aku semua ada berkumpul berbuka sama2.. best sangat. Tapi sayangnya hp aku abis bateri and aku tak bawak charger.... kamera pun tak bwk.. so takde la gambo.....

Menu hari Sabtu
Mee rebus

Nasi putih
Gulai daun ubi tumbuk (makanan org mendailing)
Sambal ikan bilis
Gulai lemak udang
Ayam masak hitam
Sup Lala

Air cendol

Kuih muih
Banyak sangat sampai tak hinggat

Cupcake anith
Cheese cake from secret receipe

Menu hari Ahad
Spagetti (aku yg masak)

Sup Tulang
Kari Marungge (betul ke eja aku pun tak tau... belasah jer la)
Ayam + sotong + udang goreng 'kentucky'
sambal bilis + tempe + kacang garing

Air laici

Kuih muih
Sama cam hari sabtu .......Banyak sangat

Tembikai


Yang bestnya sumer makanan habis tau.... anak2 sedara aku ramai.. sumer tgh nak membesar.. seronok tgk derang makan termasuklah anak bujang aku tu.. Nabil.. tambah berselera dia makan kat kampung dengan sepupu2..

Kesimpulannya mmg best sangat berbuka ngan mak kat kampung.... rugi sesangat tak dapat amik gambar

Thursday, September 11, 2008

Abang dah balik

Abang dah balik... yeayy....

Abang sampai semalam dalam kul 1 am gitu... awal sehari dari jangkaan... happy sampai melompat2 aku bila abang call suh bukak pagar....

Sejak abang balik..anak2 semua dok melekat kat abah derang.. ngan aku pun dah buat tak layan... bagus gak leh ibu rehattt sket...

Semalam kami berbuka di Pizza Hut sbb nabil merengek2 kat abahnya nak makan pizza. Disebabkan aku lopa nak tangkap gambar masa makanan sampai.. so ini ajer la yang sempat aku snap...
Hari ni tak tau lagi nak makan apa.. malas nak masak sbb InsyaAllah malam ni lepas terawikh kami nak balik Chemor... mak aku dah siap tepon tanya nak makan apa.... mesti best giler berbuka ngan mak.

Anyway.. 10/9 lepas besday mak aku... tu yang order cupcakes dari anith... walaupun aku dah wish n dah kasik hadiah.. aku nak gak celebrate besday mak aku masa aku balik nnt.

Wednesday, September 10, 2008

Juadah berbuka di hari yang ke-10

Aku baru habis masak utk juadah berbuka hari nih. Selalunya mmg aku nak tangkap gambar tapi asik lupooo... kali nih aku ingat... Juadahnya simple ajer.. sementelah aku masak pun lepas aku balik opis kul 5 dan yang makannya cuma aku, nabil dan bibik ajer.. kakcik berbuka di luar dengan teman2 opisnya (giler skema ayat aku nih)


Telur mata sapi kata bibik.. utk Nabil sementelah dia takleh makan dgg black pepper

Kuah lodeh.. peberet Nabil dan Abahnya

Dgg Black Pepper.. peberet aku

Hampir Ke Situ

Khas buat abang tersayang yang tgh bertungkus lumus dengan research PhD nya... sabarlah sayang.. kita hampir ke situ...

Mendua - Hampir Ke Situ
Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakah gunanya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama Oh…

Tuesday, September 9, 2008

Rindu

Masuk hari ini sudah 10 hari abang di JB. Satu jangkamasa yang agak lama sbb sebelum ini abang akan balik tiap2 hujung minggu. Memandangkan abang ada kerja yang perlu di bereskan terpaksalah abang stay di JB. Anak2 (termasuklah aku) semuanya rindukan abah mereka. Macam2 gelagat anak2 aku nak menunjukkan kerinduan dorang.

#Gelagat 1
Danish tgh main2 depan TV tiba2 terdengar pintu pagar (pagar umah sewa aku ni mmg bising tak hingat kalau nak bukak) dibukak. Terus terkeluar “ABAH” dari mulut Danish. Aku biarkan aja dia berlari ke pintu. Tiba-tiba… “UWAAAAA…” rupa2nya Danish frust sbb yang balik bukan abah tapi aunty (adik abang yg duduk sekali)… Alahai sian Danish.

#Gelagat 2
Aisyah yang dah pandai bertatih2.. menuju ke grill pintu depan. Dia berdiri dan pegang grill tu. Aku tengokkan aja. Tiba2 dia gegar2kan grill tu sambil sebut “ABAH, ABAH” (actually Aisyah dah pandai sebut Babai dan Abah)

#Gelagat 3
Danish lagi. Kali ini masa mak aku call dari kampong. Masa tgh sembang2 tu mak aku tanyalah Danish. Aku pun dengan gembiranya panggil la Danish.. “Danish.. cepat… Opah”. Danish pun dengan tersengih2 terus meluru merampas tepon tu dari aku… tapi tiba2… “UWAAAAA…”. La… kan ibu kata Opah.. bukannya Abah…. Aduhai…

Nabil cool jer sbb abah dia dah bagitau nak pergi school 10 days. So setiap hari dia akan Tanya tinggal berapa hari lagi Abah nak balik. Tapi adiknya yg kecik2 ni tak paham lagi.. tu yang asik tertunggu2…

Abang cepat la balik.. bukan anak2 jer kerinduan.. gee pun sama… huhuhuhu…

Aisyah dah Hero BEN10

Pada usia 11 bulan aku tak menjangkakan Aisyah akan mula bertatih sementelah kedua2 abangnya mula berjalan pada usia 1 tahun setengah... mmg lain betul baby girl yer... lain sangat2 dari kedua2 hero aku... tapi kan nampaknya Aisyah sekarang dah terikut2 dengan gaya main kasar abang2nya...

Aku happy dan sangat teruja melihat Aisyah dah boleh melangkah hingga 6-7 tapak.. sungguh comel

Ini pulak hero2 Ben10 aku. Sebenarnya aku beli baju Ben10 yang derang pakai ni kat pasar malam ajer... sangat murah.. RM6 sepasang. Dah 2 minggu ni.. baju tu la derang dok ulang hari2 tau... kalau jiran2 tengok mesti kata "bebudak ni takde baju lain ker apa.." Aduh.. aduh aku pun dah naik boring tgk baju tu.... penat ibu korang beli baju mahal2 balik2 baju Ben10 ni jugak yang korang pakai.... suka hati korang la... asal korang bahagia... Korang bahagia ibu pun bahagia....


Monday, September 8, 2008

Sempurna

Dah lama aku dengar lagu ni.... Setiap kali aku nyanyi or dengar lagu ni... hati aku pasti akan tersentuh bila sampai kat baris ni

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Sebab apa tau... sebabnya masa aku accident hari tu... dengan suami yg tiada disisi.. dengan kesakitan yang aku tanggung....aku rasa sedih and down sangat. Tapi satu hari Nabil datang melawat. Dia tanya aku " Ibu sakit yer.. "sambil urut2 pelahan kaki aku.. pastu dia nangis sambil gosok2 mata... and peluk aku....so sweet and so touching.... Pastu aku rasa aku perlu strong sebab aku tau anak2 aku sayang aku dan perlukan aku

Pada anak2 aku.. ibu sayang sangat2 pada korang walaupun kadang2 korang kasi darah ibu naik and buat ibu bertukar jadi tarzan... Lagu ni ibu tujukan khas untuk korang bertiga.... (Lily.. sorry yer tersama pulak ngan ko)

Sempurna - Andra And The Backbone

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Sunday, September 7, 2008

Kena Tagged ngan RED

Oleh kerana dulu RED tagged aku masa aku tgh sakit, aku tangguhkan dulu la nak membuatnya.. but skang aku rasa dah OK sket.. so aku buat yer RED

KALI PERTAMA NAIK KAPAL TERBANG?
Tahun 1991. Mak ngan arwah abah bawak kami adik beradik naik kapal terbang ke Penang... giler jakun hahahahah

KALI PERTAMA KE OVERSEA?
Tahun 1995. Mak ngan arwah abah bawak aku ngan adik aku gi UMRAH & ZIARAH. masa tu kami pergi ke Baitulmaqdis (skang tak leh masuk dah kan), Jordan, Egypt, Makkah & Madinah

KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DARI KELUARGA?
Tahun 1996. Masa aku dapat tawaran buat 1st degree kat UTM Skudai, Johor. Sebelum2 ni walaupun aku dapat result periksa yang bagus (cewahhhh...) mak aku tak benarkan aku masuk asrama.. so dari form 1 sampai form 5 aku dok bawak ketiak mak la. Pastu tetiba dapat ke johor la pulak kan... Utara - Selatan tu. Aku ingat lagi masa minggu orientasi .. kul 5 pagi jer aku dah dok kat pondok tepon depan asrama.. aku call mak.. tapi bila mak cakap hello jer aku terkedu takleh cakap.. terus nangis... mak aku pun sama... ohhh sungguh syahdu... masa nih mak aku tak lalu makan sementelah selama ni waktu makan mesti aku ada sama... huhuu

TERINGIN SANGAT NAK MELANCONG KE...
New Zealand dan Jepun ..InsyaAllah

FAVOURITE ACCESSORIES....?
Jam tangan ngan cincin berlian hehehe

EMPAT PERKATAAN YG SELALU DISEBUT...?
• paham tak (biasa cakap ngan anak aku la)
• yer
• ye.. ah
• ntah

KALAU ADA DUIT...?
kalau ada duit, aku nak settle semua hutang.. kasik kat mak aku.. beli and renovate umah idaman.. pastu laburkan duit biar duit beranak pinak...

Saturday, September 6, 2008

Nabil dan Tae Kwan Do

Dalam entry yg dulu2 aku ada sebut yang aku nak masukkan Nabil ke kelas tae kwan do kan... Ini lah hasilnya.. (sorry gambo gelap sket.. kurang pencahayaan)





Cute kan nabil pakai baju tae kwan do ni (hehehe anak aku.. mestila aku kata cute kan kan kan), tapi yang tak berapa cute nya.. dia selalu ponteng kelas tae kwan do ni sementelah kelasnya awal pagi sangat... 8.15 am. Memandangkan aku dah bayar utk 6 bulan sekali gus.... mmg la ada panas sikit dalam hati nih......Aduihhhh bab2 menghabiskan duit ibu mmg korang sangat pandai kan... huhuhuhu

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan

Walaupun dah basi.. aku nak cerita jugak.. tak kira hehehe . Sebenarnya tahun ini merupakan our first time puasa kat Malaysia setelah 4 tahun berpuasa dan berhari raya di perantauan (Holland). Terasa sungguh berlainan suasananya. Masa di sana dulu aku dan teman2 rajin membuat kuih-muih sendiri dan bertukar2 hidangan sambil berkumpul beramai2 untuk berbuka puasa dan bertarawikh bersama2. Mungkin kerana komuniti yang kecil menyebabkan kami semua amat akrab. Disini terasa begitu sunyi... kuih muih tak perlu dia buat lagi... hanya perlu dibeli di pasar ramadhan.. tak ada lagi acara kumpul2 untuk berbuka beramai2 di rumah dan bertarwaikh bersama2... kekadang aku rindu suasana itu... (ish ish syahdu plak aku). Abang pulak hanya menemani di hari puasa yang pertama. Selepas tarawikh malam tu dia terpaksa balik ke JB untuk meneruskan researchnya. Sedih plak aku...

Alhamdulillah tahun ini Nabil (5 tahun) dah puasa penuh masuk hari ni belum tinggal lagi. Tak sangka anak aku dah boleh menjalani ibadah puasa. Terasa dah besarnya anak aku dan dah "tuanya" aku... Harap2 Nabil dapat bertahan hingga ke hujung Ramadhan.. Amin

Oh ya.. sekarang aku sudah ada pembantu yang baru sementelah anak sedara abang yang jaga anak2 aku dulu dah dapat kerja yang lebih menjamin masa depan dia. So far Alhamdulillah tak perlulah aku nak menghantar dan mengambil anak aku di rumah babysitter sementelah aku pun belum cukup sihat utk berkuat2 sangat. Rumah pun terjaga. Syukur dengan Rahmat Allah aku mendapat pembantu di masa yang aku amat2 memerlukan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kak lin yang membantu mencari pembantu ni.. terima kasih banyak2... jasamu di kenang.

I'm back

Alhamdulillah.. setelah proses recovery yang panjang, aku kini kembali semula. Walaupun cuti mc aku belum habis lagik (patut habis 8/9 nih).. tapi disebabkan aku nih pekerja berhemah (cewahhhh cewahhhh) aku pun dengan semangatnya masuk office jumaat lepas.

Pada red.. sorry aku belum sempat buat tag ko tu.. InsyaAllah in my next entry yaa...

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua (hehehe ada ker yg baca blog aku nih...). Semoga di bulan yang mulia ni hidup kita diberkati dan dilimpahi dengan amal ibadah kepada ALLAH.