Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan

Walaupun dah basi.. aku nak cerita jugak.. tak kira hehehe . Sebenarnya tahun ini merupakan our first time puasa kat Malaysia setelah 4 tahun berpuasa dan berhari raya di perantauan (Holland). Terasa sungguh berlainan suasananya. Masa di sana dulu aku dan teman2 rajin membuat kuih-muih sendiri dan bertukar2 hidangan sambil berkumpul beramai2 untuk berbuka puasa dan bertarawikh bersama2. Mungkin kerana komuniti yang kecil menyebabkan kami semua amat akrab. Disini terasa begitu sunyi... kuih muih tak perlu dia buat lagi... hanya perlu dibeli di pasar ramadhan.. tak ada lagi acara kumpul2 untuk berbuka beramai2 di rumah dan bertarwaikh bersama2... kekadang aku rindu suasana itu... (ish ish syahdu plak aku). Abang pulak hanya menemani di hari puasa yang pertama. Selepas tarawikh malam tu dia terpaksa balik ke JB untuk meneruskan researchnya. Sedih plak aku...

Alhamdulillah tahun ini Nabil (5 tahun) dah puasa penuh masuk hari ni belum tinggal lagi. Tak sangka anak aku dah boleh menjalani ibadah puasa. Terasa dah besarnya anak aku dan dah "tuanya" aku... Harap2 Nabil dapat bertahan hingga ke hujung Ramadhan.. Amin

Oh ya.. sekarang aku sudah ada pembantu yang baru sementelah anak sedara abang yang jaga anak2 aku dulu dah dapat kerja yang lebih menjamin masa depan dia. So far Alhamdulillah tak perlulah aku nak menghantar dan mengambil anak aku di rumah babysitter sementelah aku pun belum cukup sihat utk berkuat2 sangat. Rumah pun terjaga. Syukur dengan Rahmat Allah aku mendapat pembantu di masa yang aku amat2 memerlukan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kak lin yang membantu mencari pembantu ni.. terima kasih banyak2... jasamu di kenang.

No comments: