SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI
MOHON DI MAAFKAN SEGALA KESILAPAN
DAN DI HALALKAN SEMUANYA
Jemput Datang ke Rumah yer...



kuih-muih beli kat param


Nabil yang happy sesangat dpt makan Udang Beso.. feberet dia tu...

Mesin basuh aku selepas di service..... pulih seperti biasa.. yahoooo....

Tulang Peha aku selepas 3 bulan pembedahan
Result 1
Dr. kata tulang bahu aku (takde dalam gambo) dah baik sepenuhnya. In fact dia hairan sbb katanya X-ray tulang bahu aku nampak mcm tak pernah patah. Alhamdulillah.. walaupun masih sakit sikit2 and tak boleh angkat barang berat2.. tangan aku dah boleh di angkat ke semua arah. Buat pengetahuan korang.. masa mula2 accident dulu tangan aku tak leh angkat lebih dari 20 darjah pun.. sakit sangattttt.
Result 2
Dr. kata aku dah tak perlu guna tongkat sementelah aku dah tak rasa sakit sangat kalau kaki yang cedera tu di pijakkan sepenuhnya. Sebenarnya Dr. kata dia tak sangka aku dah buleh jalan sendiri dalam masa 3 bulan. He is impressed.
Result 3
Dr. dah belek2 X-ray tulang peha aku and dia suggest utk bukak skru tu lepas 6 bulan. Terkejut badak aku dengar. Yang sempat aku tanya... "tak sakit ke dr?". Dr kata cuma akan sakit operation saja. Selepas operation aku dah buleh jalan macam biasa... cuma in the first 6 weeks aku kena extra careful sementelah bila skru tu dikeluarkan tulang aku akan berLUBANG dan ini akan menyebabkan tulang aku akan lemah. Bila LUBANG kat tulang tu dah fill.. aku akan pulih seperti biasa.... BerLUBANG weh tulang aku... ngeri aku fikir... Am I going to do it?? tak sure lagi.. kena risik2 ngan insuran.. kalau cover mungkin aku buat.. kalau tak.. aku tak nak bukak lah.. biar jer skru tu kat situ.. huhuhu takuttttt

Nafourah
Nafourah
Ni gambar Nabil kat swimming pool Hotel Le Meridien. Gambar dah sudah makan. Sbb tu nampak happy sangat. Alhamdulillah sampai hari nih Nabil belum tinggal puasa lagi. Semoga Nabil menjadi anak yang SOLEH.. Amin..


Hari ni tak tau lagi nak makan apa.. malas nak masak sbb InsyaAllah malam ni lepas terawikh kami nak balik Chemor... mak aku dah siap tepon tanya nak makan apa.... mesti best giler berbuka ngan mak.
Ini pulak hero2 Ben10 aku. Sebenarnya aku beli baju Ben10 yang derang pakai ni kat pasar malam ajer... sangat murah.. RM6 sepasang. Dah 2 minggu ni.. baju tu la derang dok ulang hari2 tau... kalau jiran2 tengok mesti kata "bebudak ni takde baju lain ker apa.." Aduh.. aduh aku pun dah naik boring tgk baju tu.... penat ibu korang beli baju mahal2 balik2 baju Ben10 ni jugak yang korang pakai.... suka hati korang la... asal korang bahagia... Korang bahagia ibu pun bahagia....



Cute kan nabil pakai baju tae kwan do ni (hehehe anak aku.. mestila aku kata cute kan kan kan), tapi yang tak berapa cute nya.. dia selalu ponteng kelas tae kwan do ni sementelah kelasnya awal pagi sangat... 8.15 am. Memandangkan aku dah bayar utk 6 bulan sekali gus.... mmg la ada panas sikit dalam hati nih......Aduihhhh bab2 menghabiskan duit ibu mmg korang sangat pandai kan... huhuhuhu