Friday, July 11, 2008

Berita

Maaf kerana lama tak update blog ni..

Sebenarnya pada 22/6/2008 aku dan nabil terlibat dengan kemalangan jalan raya dan mengakibatkan aku patah tulang peha dan tulang bahu. 6 hari aku terlantar di Ampang puteri dan sekarang Alhamdulillah sedang proses recovery. Nabil ok cuba terseliuh sikit di kaki.. sekarang dia dah sihat.

Nnt diwaktu sesuai akan aku ceritakan dengan detail.. sekarang nih biarlah aku berehat sekejap.

Terima kasih

Friday, June 20, 2008

Liverpool Football Club

Anfield, Liverpool here we come….. ecehcehceh…


InsyaAllah 2/8 nnt aku dan abang akan ke Liverpool. Jalan2 sambil gi tour Liverpool fc stadium and museum. Sebenarnya dlm tahun 2006 kami dah ke Liverpool tapi sedikit hampa sebab tak dapat nak join tour sementelah ada match pada hari tu. Tapi kami puas hati dengan suasana di Bandar Liverpool yg dibanjiri dengan die hard fan kelab ini. Meriah sungguh. Masa tu kami hanya sempat membeli-belah sedikit di kedai official Liverpool fc.

Kali ini awal2 aku dah call pihak Liverpool fc tour utk buat reservation. Alhamdulillah kami berdua dah direservekan utk menyertai tour pada 2/8 jam 4ptg. Harap kali ini lebih meriah.

Thursday, June 19, 2008

Hatiku berbunga2...

Semalam petang bermsg2 dengan abang. Lepas tanya khabar bagai abang suruh check email. Dengan hati yg berdebar2 aku pun check la email.. ada email dari abang… korang nak tau tak isi dia… jeng.. jeng.. jeng… hehehe rupa2nya abang emailkan confirmation ticket utk ke BARCELONA – depart. 5/8 return 8/8……yeeehaaaaa….



Sayang amat pada abang (bodek nih.. hehehe) . Wahhhh tak sabar2 dah nak pegi..... cutipun dah apply.. Harap2 semuanya berjalan lancar.... AMIN...

Wednesday, June 18, 2008

42 Days to go... Tik Tok Tik Tok

Rinduuu.... sangat kat Abang...

Sekarang ni...tiap2 malam lepas anak2 tidur, aku akan menunggu abang call and Alhamdulillah so far abang tak pernah mengecewakan… dalam jam 12-12.30 mlm akan berderinglah telefon tu............berdebar2 bila dengar suara abang.. mengalahkan masa bercinta pulak.. dulu masa sebelum kahwin.. tak pernah aku bergayut kat tepon dengan abang lebih dari 10 mins.. skang ni every night akan sembang dalam 30-45mins.. Miss you so much dear...

Hmmm tak sabarnya nak jumpa abang… tinggal 42 hari sebelum aku akan terbang ke Holland utk menyertai abang di sana.. Wahai HATI bersabarlah…………..

Tuesday, June 17, 2008

Beauty Secret Meme

Another tag from RED.

My Foundation:- Takdak

My Mascara:- Takdak gak.. pakai masa kawin jer hari tu

My Day Cream:- Olay Total Effect

My Essential Beauty Product:- Johnson's Fresh & Smooth Face Powder - Beige

My Favorite Makeup Product:- Lipstick.. pakai waktu malam jer nih... heheheheh

My Perfume:- Chance by Chanel

My Nails:- Pendek . Tak guna apa2 product

My Feet:- Guna Nivea Whitening Lotion

My Hands:- Guna Nivea Whitening Lotion jugak...

Three Beauty Products to bring on a deserted island:- Feminine Wash - Deodorant - Lip Balm

Women I admire for their beauty:- Aishwarya Rai...

Women with the Best Sense of Style- Kak Midah... hehehehehe

My Ultimate Dream:- Slim Melim dalam masa 2 bulan.. heheheh

How Do I Define Womanhood- Patient, smooth and brilliant

My Favorite Fashion Publication: Takdak

Kena Tag..

Dah 2 kali kena Tag ngan Red tapi lom sempat2 lagi nak bayar… Ok Red aku bayar yg no #1 dulu yer….

THE AGE THAT I WISH TO GO BACK TO...

I wish I can go back to the years where my late Opah still alive. Really miss her. Sampai besar panjang dok bawak ketiak Opah. Dulu selalu tolong Opah buat bedak sejuk, buat bantal kekabu, buat telur masin, kejar ayam dara (especially bila ada jiran2 Chinese yg baru bersalin). Lots of sweet memory with her. Sekarang semua dah takde dah….

Now, I'm tagging YUSNIZA, ITA, HASLINA, AILIN, ---

The Age That I Wish To Go Back To

Requirement
Write about the one age that you wish to go back to and why?

Tag Mode
5 bloggers

1st. You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd. Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

Monday, June 16, 2008

Tanah Airku

Belum habis rungutan mengenai kenaikan harga minyak yang “MELAMPAU” hari nih kami di kejutkan lagi dengan kehadiran “tiang parking” di depan opis.. Lorrrr dah start kena bayar parking rupanya hari nih.. isk isk isk… sungguh magic tau.. sebab semalam masa balik dr opis jam 6-630ptg gitu lom wujud tiang tu.. tup2 pagi nih dah ada… mmg sunggu magic… bila masa lak derang gi pacak…

Walaupun aku tak terkena tempias parking nih sementelah umah aku sekangkang kera jer dari opis dan aku plak lebih selesa naik motor (merempit kehkehkeh) tapi kesian kawan2 aku yg rumah jauh dan yg terpaksa bawak kereta ( sbb kena hantar anak etc).. rasa teraniaya tau… aku pulak yg gerammm nih

Kepada para pemimpin… “BELA” lah nasib kami nih.. rasa cam di “rompak” tau. Apa nak jadi ngan TANAH AIR ku…

Masa2 tertekan camni aku selalu teringatkan keadaan di Holland. Barang2 makanan murah dan hidup selesa walau dengan hanya duit biasiswa… korang cuba bayangkan yer…. Kita amik contoh fresh graduate di sana… gajinya EURO1800 kat sini RM1800..(so nisbah 1:1 yer.. takyah convert Euro ke RM) tapi kat sana susu 2 liter baru EURO1 kat sini 1 liter pun dah RM4 kalau 2 liter dah RM8…

aku dulu ..kalau shopping barang dapur di Holland.. satu trolley penuh dalam EURO40 jer tau.. ni dah termasuk jajan2 semua...kalau kat sini mau sampai RM200 tau…. Cuba tgk berapa mahalnya barang2 kita banding dengan NEGARA derang.. ni yg "derang" kata harga kita lebih murah berbanding dengan negara2 lain??? rasa cam diperbodohkan la....

‘SIGH’